Kegunaan lain Stadium Etihad

Orang ramai di konsert.
 
Keadaan ketika di stadium semasa Piala Akhir UEFA 2008.

Konsert muzik

Konsert di Eastlands
Tahun
musim panas
Artis
2004Red Hot Chili Peppers
2005Oasis, U2
2006Take That, Bon Jovi
2007George Michael, Rod Stewart
2008Foo Fighters, Bon Jovi
2009/2010Tiada
2011Take That
2012Coldplay,[46] Bruce Springsteen[47]

Ketika luar musim bola, konsert kadang-kala juga dianjurkan di stadium ini dan stadium ini merupakan salah satu tempat konsert terbesar di United Kingdom dengan kapasiti maksimum 60,000 orang.[48] Apabila ia dibuka pada tahun 2003, ia menjadi tempat konsert di stadium yang terbesar di England.[49]

Konsert yang pertama ialah persembahan kugiran Red Hot Chili Peppers yang disokong oleh James Brown pada tahun 2004. Penyokong Manchester City, Oasis pernah menyertai konsert di stadium itu. Konsert Oasis di stadium itu pada tahun 2005 pernah mencatat kehadiran 60,000 orang.[7] Selain itu, kugiran dari Manchester, Take That pernah melancarkan DVD persembahan mereka di stadium itu iaitu Take That: The Ultimate Tour.[50] Antara artis lain yang pernah mengadakan konsert di situ ialah U2, Rod Stewart, Foo Fighters yang disokong oleh Manic Street Preachers dan The Futureheads, Bon Jovi, George Michael serta Sophie Ellis-Bextor.

Pada tahun 2008, musim pengubahsuaian tamat dan bermulanya musim bola sepak. Ini bermaksud stadium masih dalam keadaan belum bersedia untuk sebarang perlawanan. Kelab Manchester City terpaksa bermain perlawanan kelayakan pusingan pertama Piala UEFA mereka di Stadium Oakwell yang merupakan tempat bagi kelab Barnsley. Pada bulan Mei 2010, kelab City telah melabur untuk padang baharu dan konsert musim panas pun bermula apabila kumpulan muzik, Take That mengadakan konsert di Stadium Bandar Raya Manchester.[51][52] Jualan tiket yang terkumpul bagi konsert itu ialah kira-kira £ 400,000.[12]

Liga ragbi

Pada Oktober 2004, Stadium Bandaray Manchester telah menjadi tuan rumah bagi perlawanan liga ragbi antarabangsa di antara Great Britain dan Australia dalam Liga Ragbi Tiga Negara. Perlawanan itu telah mencatat kehadiran seramai 40,000 orang penonton.[53] Stadium ini juga akan menjadi tuan rumah bagi pertandingan Magic Weekend pada Mei 2012. Pertandingan liga ragbi itu akan disertai oleh 14 buah kumpulan ragbi daripada Liga Super dan ia berlangsung selama dua hari.[54]

Perlawanan tinju

Pemandangan stadium dengan gelanggang tinju ditengah-tengahnya.

Pada 24 Mei 2008, peninju kelahiran Stockport yang pernah memenangi kategori kelas menengah ringan IBO dan IBF, Ricky Hatton mengalahkan Juan Lazcano dalam satu pertandingan yang dikenali sebagai "Kepulangan Hatton". Perlawanan ini diadakan di hadapan 56,337 peminat dimana ia menetapkan satu rekod bagi kehadiran teramai dalam acara tinju di British selepas peristiwa Perang Dunia II.[8]

Rujukan

WikiPedia: Stadium Etihad http://www.arup.com/_assets/_download/download153.... http://www.arupassociates.com/AAH_Chrono.asp?strTa... http://mag.ashui.com/index.php/downloads/doc_downl... http://www.flickr.com/search/?q=City%20of%20Manche... http://www.footballgroundguide.com/manchester_city... http://www.gameslegacy.com/cgi-bin/index.cgi/30 http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le... http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le... http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le... http://soccernet.espn.go.com/stats/attendance/_/le...